Kisah kelompok masyarakat yang masih menetap di bawah tanah

Mungkin kedengaran pelik sekiranya terdapat manusia yang memilih untuk hidup di bawah tanah seperti dalam kisah adiwira Teenage Mutant Ninja Turtle. Teenage Mutant Ninja Turtle memilih untuk membina “rumah” mereka di bawah tanah bagi menyembunyikan identiti mereka daripada orang ramai.

komuniti yang hidup di dalam tanah. Walau bagaimanapun, di alam realiti sebenarnya memang ada beberapa komuniti atau kumpulan manusia yang memilih untuk membina penempatan mereka di bawah tanah. Alasannya juga pelbagai, ada yang dihimpit kemiskinan, ada mahu mengelakkan peniindasan dan sebagainya.

Kali ini, berdasarkan artikel dari pihak Iluminasi, mereka telah berkongsi 6 komuniti manusia yang memilih untuk hidup di bawah tanah. Walaupun kehidupan di bawah tanah adalah jauh lebih sukar, mereka ini tiada pilihan lain selain meneruskan kehidupan disitu.

Shuzu Shuzu merujuk kepada kelompok manusia di China yang memilih untuk hidup di bawah tanah. Mereka ini sanggup meninggalkan kampung halaman masing-masing semata-mata untuk berhijrah mencari kehidupan lebih baik di kota Beijing. Malangnya, akibat kos sewa yang terlalu tinggi, mereka tiada pilihan selain terpaksa menyewa bilik yang dibina di bawah tanah.

Kawasan penempatan ini asalnya dibina ketika perang Sino-Soviet pada tahun 1969. Setelah perang tamat, penduduk yang kurang berkemampuan memilih untuk menjadikan kawasan ini sebagai tempat tinggal mereka. Dianggarkan 1 juta manusia yakni sekitar 5% penduduk Beijing memilih untuk tinggal di penempatan bawah tanah ini kerana faktor kewangan.

Gelandangan di kawasan pembetungan Bogota, Columbia. Suatu ketika dahulu, para gelandangan yang hidup di jalanan akan dibhunuh oleh satu skuad khas. Dikatakan skuad pembhunuh ini diupah oleh golongan bangsawan di Columbia yang merasakan bahawa golongan ini sekadar mencemarkan pemandangan di kawasan bandar.

Akibat daripada tindakan ini, kebanyakan mereka mula mencari tempat yang lebih selamat untuk berteduh, maka ramailah yang mula menjadikan kawasan pembetungan bawah tanah sebagai tempat tinggal mereka. Malangnya, skuad pembhunuh ini juga berterusan ingin menghapuskan para gelandangan ini antaranya dengan menyembur gas berachun ke dalam kawasan pembetungan ini.

Dikatakan ratusan gelandangan mathi hakibat dibhunuh setiap tahun walaupunh mereka hidup di kawasan pembetungan yang lebih tersembunyi ini.

Anak yatim di kawasan pembetungan Bucharest, Romania iaitu gelandangan bawah tanah romania 488 Di Bucharest, Romania pula kawasan pembetungan bawah tanah dijadikan kawasan tempat tinggal terutamanya bagi ratusan golongan anak yatim yang tidak mempunyai tempat tinggal.

Apabila berlaku pertukaran kerajaan pada tahun 1989, kerajaan telah bertindak menutup pusat perlindungan anak yatim. Anak-anak yatim ini kemudiannya telah bertindak melarikan diri dan membina penempatan di kawasan pembetungan ini. Kehidupan mereka sangat daif dan terpaksa meneruskan hidup dengan mencari sisa-sisa makanan.

Lagi menyediihkan, kebanyakannya menjadi penagih daddah. Walaupun kerajaan berkali-kali berusaha menutup jalan masuk ke kawasan ini, golongan ini seringkali berjaya menyelinap masuk ke dalam kawasan pembetungan ini semula.

Gelandangan di bawah tanah kota Manhattan. Terdapat ribuan gelandangan yang hidup di kota New York. Walau bagaimanapun, segelintir daripadanya memilih untuk hidup dalam sebuah terowong bawah tanah di Riverside Park, Manhattan. Kumpulan awal gelandangan telah menetap di situ sejak 1980 apabila terowong itu tidak lagi digunakan.

Pada tahun 1991, mereka terpaksa keluar daripada lorong ini apabila ianya kembali digunakan. Tidak lama kemudian, ada yang kembali ke situ dan tidur di ceruk-ceruk terowong tersebut. Sesetengah gelandangan memilih untuk hidup disini kerana beranggapan pusat perlindungan bagi gelandangan tidak mencukupi. Kawasan ini turut menjadi pusat bagi penagih daddah dan kerajaan telah beberapa kali membuat serbuan di kawasan ini bagi menghalau para gelandangan ini.

Gelandangan di kawasan pembetungan Moscow, Russia. Pada tahun 2002, dianggarkan terdapat 50,000 kanak-kanak gelandangan hidup di jalanan di bandar Moscow. Kebanyakannya menjadi penagih daddah dan terlibat dengan pelbagai jenayah seperti menchuri, melachur dan sebagainya. Kebanyakannya lari daripada pusat perlindungan kerana mahu hidup bebas.

Walau bagaimanapun, ketika musim sejuk di mana suhu di bawah takat beku, mereka ini tiada pilihan selain terpaksa hidup di kawasan pembetungan bawah tanah. Malah, ramai juga yang mathi akibat cuaca yang terlampau sejuk ini. Situasi ini dikatakan semakin teruk pada masa kini.

Kini, dianggarkan 100,000 orang gelandangan hidup di jalanan di Russia. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan keras menafikan perkara ini dan mengatakan terdapat hanya kira-kira 10,000 gelandangan sahaja di negara tersebut.

Coober Pedy. Berbanding dengan kesemua kawasan penempatan bawah tanah dalam senarai ini, Coober Pedy merupakan satu-satunya penempatan bawah tanah yang dibenarkan mengikut undang-undang. Ianya adalah sebuah bandar yang hidup kesan daripada aktiviti perlombongan opal. Kawasan penempatan ini dibina di bawah tanah.

Memandangkan ianya terletak di tengah-tengah kawasan padang pasir Australia dimana suhunya boleh mencecah sehingga 52 darjah selsius. Bukan sahaja rumah, malah kedai, restoran, hotel, bar dan sebagainya turut dibina di bawah tanah. Jaringan penempatan bawah tanah ini menempatkan 1500 buah rumah dimana setiap satunya berada 2.4 hingga 6.7 meter bawah tanah.

Uniknya, hanya bahagian dapur dan tandas sahaja yang terletak di atas tanah. Setiap rumah ini begitu selesa dan mempunyai segala kemudahan asas yang dimiliki rumah yang dibina di atas tanah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*