Khasiat Habbatus Sauda Yang Anda Perlu Tahu.

Image result for habbatus sauda

Habbatus sauda’, atau secara saintifik dikenali sebagai Nigella sativa merupakan bahan yang biasa digunakan dalam masakan India dan Timur Tengah. Habbatus sauda’ juga dikenali sebagai biji bawang, biji bunga Adas, jintan hitam, ketumbar Rom dan Kalonji. Habbatus sauda’ mempunyai rasa pedas dan sedikit pahit serta aroma seperti oregano. Habbatus sauda’ yang dikeringkan digunakan untuk menambah perasa dalam masakan kari, hidangan sampingan dan sayur goreng. Malah dalam kaedah pembakaran, biji ini masih digunakan secara meluas.

Habbatus sauda merupakan perkataan Arab bagi jintan hitam. Selain itu, ia juga dikenali dengan nama bijan hitam di Malaysia. Ia amat terkenal sebagai salah satu rempah-ratus tertua yang banyak kebaikan kepada kesihatan.

Rempah ini berbentuk butiran biji kecil berwarna hitam. Ia telah digunakan secara meluas oleh masyarakat India, Pakistan, dan Timur Tengah untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.

Jenis tanaman ini digelar sebagai tanaman ubat dalam sejarah perkembangan awal agama Islam.

Habbatus sauda mempunyai banyak nama lain, antaranya black seed, black caraway, natura seed, jintan hitam, bijan hitam, black cumin, nigella sativa, kaluduru, dll. Ia digunakan sebagai herba ubatan sejak 2000-3000 tahun sebelum Masihi. Khasiat habbatus sauda banyak tercatat dalam catatan ilmuwan terdahulu. Ibnu Sina adalah antara pengkaji manfaat habbatus sauda untuk kesihatan dan perubatan. Ahli perubatan Yunani kuno, Dioscoredes, pada abad pertama Masihi juga telah mencatat manfaat habbatus sauda untuk mengubati sakit kepala dan saluran pernafasan.

10 Kebaikan Habbatus Sauda Untuk Kesihatan

1. Anti Penuaan

Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Harvard pada tahun 2010, mereka mendapati habbatus sauda kaya dengan vitamin B dan zat besi. Manakala, kebanyakan orang yang kekurangan vitamin B dan zat besi dalam badan akan menunjukkan simptom seperti rambut cepat beruban, rambut gugur dan kurang daya ingatan. Simptom-simptom ini menunujukkan ciri-ciri penuaan. Jadi, habbatus sauda yang kaya dengan vitamin B dan zat besi dapat membantu melambatkan proses penuaan.

Selain itu juga, orang Cina turut mempercayai bahawa nutrisi dalam jintan hitam mampu melambatkan proses penuaan. Ia membantu mencegah pembentukan pigmen dan kedut. Malah, ia juga melindungi kulit daripada kesan sinar ultra violet matahari.

2. Elak Sembelit Dan Masalah Penghadaman

Dr. Amol Ghosh dari N.R.S. Hospital di Kolkata, berkata, “Jintan hitam dapat membantu mengubati sembelit kerana serat yang tinggi dan asid lemak tak tepu yang terkandung di dalamnya. Minyak yang terdapat dalam habbatus sauda dapat melicinkan usus anda, sementara seratnya pula membantu melancarkan pergerakan usus. Biji-bijian ini juga membantu membersihkan cacing di saluran usus anda dan memperbaiki proses pencernaan.” Habbatus sauda yang dikisar dan direndam semalaman akan menyebabkan ia mudah dicerna.

3. Menstabilkan Tekanan D4rah

Habbatus sauda kaya dengan magnesium yang membantu menghalang hipertensi. Lemak poli tidak tepu dan sebatian sesamin yang terdapat pada minyak bijan hitam diketahui dapat mengekalkan tekanan d4rah pada tahap normal.

4. Kulit dan Tulang Yang Sihat

Kalsium dalam habbatus sauda membantu tulang menjadi kuat. Manakala, zink membantu menguatkan dan meningkatkan ketumpatan tulang. Bijan hitam ini sangat digalakkan kepada lelaki tua dan wanita menopause kerana golongan ini berisiko tinggi untuk menghidap osteoporosis.

Habbatus sauda juga kaya dengan Vitamin E, yang menjadikan kulit anda sihat dan bertenaga. Minyak bijan hitam juga disyorkan untuk digunakan pada bayi. Bayi yang diurut dengan minyak bijan akan merasa selesa dan dapat tidur yang lena. Selain itu, ia juga baik untuk kulit bayi yang naik ruam.

5. Baik Untuk Kesihatan J4ntung

Jintan hitam kaya dengan sesamolin dan sesamin, iaitu bahan-bahan yang dikenal pasti mampu menurunkan kadar kolesterol. Ia juga mengandungi magnesium yang membantu menstabilkan tekanan daarah. Penyelidikan menunjukkan bahawa dalam kebanyakan biji dan kacang yang digunakan di Amerika Syarikat, habbatus sauda adalah biji yang mengandungi jumlah phylosterols tertinggi.

Phylosterols menurunkan tahap kolesterol. Phylosterols dari tumbuh-tumbuhan dan kolesterol daripada haiwan mempunyai struktur kimia yang serupa. Namun, jika anda makan makanan yang kaya kandungan phylosterols, maka hanya sedikit kolesterol yang akan diserap ke dalam daarah anda. Secara tidak langsung, anda telah mengurangkan tahap kolesterol jahat (LDL) dan mengurangkan risiko penyakit j4ntung.

6. Elakkan Risiko K4nser

Antioksidan (serat dan lignans) dan phytochemicals (phylosterol) dalam habbatus sauda memberi perlindungan terhadap k4nser tertentu seperti k4nser kolon. Biji ini juga mengandungi sesamin yang dapat melindungi hati dari kesan radikal bebas. Hati yang sihat sangat penting untuk menyahtoksin dan melawan penyakit seperti k4nser. Phylosterols pula membantu menurunkan risiko k4nser dengan menguatkan sistem imun.

7. Mengurangkan Tekanan

Magnesium dan kalsium dalam bijan hitam dapat melegakan tekanan. Tryptophan dan thiamin dalam bijan hitam membantu dalam pengeluaran serotonin, iaitu sejenis kompaun dalam tubuh manusia yang membantu mengurangkan kesakitan, mengimbangi mood, dan membuatkan tidur lebih lena.

8. Penggalak Susu (Milk booster) Semulajadi

Habbatus sauda memang terkenal dalam kalangan ibu menyusu sebagai penggalak susu semulajadi. Kandungan kalsium, zink, besi, magnesium, kuprum, vitamin B, lemak tak tepu, dan protein dalam habbatus sauda semuanya bermanfaat, terutamanya dalam membantu wanita untuk menyusukan bayi mereka.

9. Mengurangkan Sindrom Pramenstruasi (PMS) Dan Migrain

Kalsium dalam jintan hitam ini sangat bermanfaat untuk mengurangkan masalah sindrom pramenstruasi dan migrain.

Habbatus Sauda Dan Kajian Pakar

Terdapat ramai ilmuwan dalam bidang kesihatan membuat kajian mengenai habbatus sauda, antaranya:

Ibnu Sina – Habbatus sauda dapat merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina “Canon of Medicines“)

Ibnu Qayyim – Habbtus sauda berupaya memulihkan penyakit seperti batuk bronchitis, masalah perut dan cacing, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan h4id, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim “Medicine of the Prophet“)

Dr Ahmad Elkadi – Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Professor G. Rietmuller – Bahan ekstrak habbatus Sauda menunjukkan kesan amat positif terhadap sistem immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai “bio-regulator’. (Professor G. Rietmuller, Director of Institute of Immunology, University of Munich, Germany)

Dr. Haq – Beliau menjalankan kajian terhadap sukarelawan pesakit AAIDS di Department of Biological and Medical Research Centre, Riyadh. Dapatan kajian menunjukkan bahawa habbatus sauda berupaya meningkatkan kadar diantara ‘helper T-cells’ dan ‘suppresser T-cells’ sebanyak 55%. Aktiviti ‘natural kill3r cells’ juga menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30%.

Dr. Peter Schleicher – Habbatus sauda berjaya menyembuhkan seramai 420 daripada 600 orang sukarelawan pesakit allergik. Kebanyakan pesakit-pesakit ini mengidap allergik terhadap ‘pollen’ dan habuk, jerawat dan saraf kulit, pesakit lelah dan pesakit-pesakit yang pada amnya mempunyai daya tahan yang lemah terhadap jangkitan. (Nota: Dr. Peter Schleicher seorang pakar immunisasi (immunologist) di Munich. Beliau telah dipilih sebagai ahli paling muda di World Academy of Scientist)

Professor Michael Meurer – Habbatus sauda berupaya menghentikan keradangan dan masalah saraf kulit (neurodermitis). (Professor Michael Meurer, Dermatology Clinic of Munich, Germany) Telah banyak kajian yang membuktikan habbatus sauda mempunyai khasiat yang sangat banyak kepada kesihatan. Namun, bagi anda yang mengalmi sakit kronik, disarankan untuk berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum mengamalkan habbatus sauda sebagai makanan tambahan harian anda.

Bagi anda yang ingin mengamalkan habbatusa sauda sebagai makanan tambahan untuk mendapatkan kesihatan optimum, terdapat banyak cara untuk masukkan habbatus sauda dalam diet harian anda. Anda boleh tabur habbatus sauda di atas roti. Anda juga boleh mencampurkannya ke atas bijirin atau salad. Boleh juga ditabur pada pencuci mulut seperti kek dan ais krim. Malah, anda juga boleh menggabungkan habbatus sauda ke dalam minuman ringan atau memakannya dengan yoghurt.

Kredit :

Wikipedia Food NDTV Urbol Treasure Sauda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*