Khasiat daun kari

Image result for daun kari

Uban pada kepala memang menjadi satu hal yang sukar dikawal. Bukan sekadar masalah penuaan semata-mata, uban mula timbul disebabkan oleh masalah lain. Antaranya adalah ketidakseimbangan pada diet harian kita. Sudahnya uban mula menampakkan dirinya di celah helaian rambut. Gatal usah cakaplah. Siapa ada uban mesti tahu rasa gatal terlampaunya. Rasa nak cabut cepat! Tapi tahu tak uban boleh diubati dengan daun kari je? Tak hanya uban, malah daun kari yang kita selalu gunakan dalam menaikkan aroma menu berkari ini rupanya baik dalam penjagaan dan perawatan rambut.

Asal Usul Daun Kari Pokok Kari ialah sejenis pokok renek dengan ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter. Ia sering ditanam di kawasan sekitar rumah untuk kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa sedikit pahit. Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat India kerana ia bukan sahaja digunakan dalam masakan kari, malah dalam masakan lain seperti rasam, chutney , muruku dan bermacam macam lagi. Berasal dari negara India dan Sri Lanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika.

Tumbuhan ini sangat lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Cara Caranya Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Kemudian masukkan daun kari yang sudah dipisahkan dari tangkainya.Biarkan sekejap dan angkat. Selepas itu, kacau dan leceknya menggunakan sudu dan letakkan pada kawasan beruban.Biarkan selama 1 jam dan bungkus kepala dengan tuala atau kain bersih. Akhir sekali cuci dengan air bersih. Laporan Boldsky, daun kari yang mempunyai khasiat vitamin B membantu mengembalikan nutrisi dan warna pada rambut. Malah juga menguatkan akar rambut.

Selain iti, kelebihan Daun Kari Pada Rambut ialah meningkatkan pertumbuhan rambut. Penggunakan daun kari secara teratur dapat membantu meningkatkan pertumbuhan dan juga memperkuatkan akar rambut. Ambil beberapa daun kari, keringkan dan tumbuk halus. Campurkan bersama yogurt dan sapukan pada rambut. Yang kedua, menjadi tonik rambut. Daun kari juga bekerja sebagai tonik rambut kerana mampu menjaga kulit kepala agar sentiasa lembap dan bernutrusi. Ambil segenggam daun kari, didihkan bersama 2 hingga 3 senduk minyak kelapa dan letakkan pada rambut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*