Cuci Pinggan Dengan Betul Dan Bersih Tanpa Bakteria.

Image result for cuci pinggan

Mencuci pinggan pun kena ada tekniknya? Amboi sebegitu sekali rumitnya hidup kita ini. Mungkin itu kata-kata sesetengah orang. Mencuci pinggan mungkin nampak mudah dan enteng bagi sesetengah orang tetapi setiap kali ke kedai makan, kita selalunya agak cerewet bila mana pinggan yang kita ambil tidak bersih malah masih lagi basah. Itu petanda pinggan yang kita guna saban hari juga kena ada langkah pembersihan yang wajar. Jadi kerja mencuci sebenarnya menjadi satu perkara yang tidak perlu dipandang remeh.

Mencuci pinggan dengan sisa yang masih terkesan dengan minyak dan kotoran sebenarnya mendedahkan kita dengan gejala tidak sihat terutama sekali masalah pencemaran dan sebagainya. Dan tanpa anda tahu, masalah jangkitan lain seperti bakteria dan sebagainya mengundang banyak penyakit pada keluarga. Jadi tidak ada salahnya jika anda mencuba tip yang diberikan ini. Tak rugi pun kalau mencubanya malah tak libatkan sebarang kos. Cuma anda kenalah rajin dan jadikan ia sebagai rutin. Bagaimana?

Jangan Guna Bekas Plastik Elakkan sama sekali bekas meletakkan cecair sabun basuh pinggan daripada bekas plastik. Rumah anda cantik dengan sofa yang mewah dan langsir yang mahal-mahal, apalah salahnya anda ganti dan tukarkan bekas ini. Janganlah pakai bekas plastik kerana plastik memerangkap minyak daripada kotoran anda. Minyak yang terlekat ini akan buat seluruh pinggan dan kotor. Sila tukar.

Guna Bekas Sabun Seramik Silalah pakai bekas letak cecair basuh pinggan ini dengan bekas kaca atau seramik. Ia adalah pilihan paling tepat malah lebih tahan lasak berbanding plastik. Paling penting ia tidak mudah berjelaga dan tidak memerangkap kotoran terutama kesan minyak daripada makanan. Kena tukar.

Perah Limau Nipis Petua terbaik untuk mencuci dengan lebih bersih adalah dengan memerah sedikit limau nipis ke dalam bancuhan cecair pencuci pinggan anda. Ini bagi menghilangkan bakteria yang berkemungkinan terlekat pada bekas ini. Limau yang kuat mampu menghilangkan bakteria malah cucian juga lebih bersih. Setiap kali memasak menggunakan limau nipis, perahlah sedikit ke dalam bekas sabun anda. Kulit limau juga berkesan. Campakkan sahaja ke dalam bekas pencuci!

Basuh Span Selepas selesai mencuci pinggan pastikan span dibersihkan dengan bersih dan kemudian letakkan pada bekas khas hingga kering. Elakkan merendamnya semula ke dalam bekas sabun. Ini bagi mengelakkan bau dan kotoran yang lama tidak melekat pada pinggan yang baru dicuci.

Basuh Pinggan Berkaca Dahulu Tip untuk pastikan kotoran tidak tersebar adalah dengan mencuci pinggan dan mangkuk kaca terlebih dahulu. Kemudian barulah disusuli pula dengan cawan dan gelas kaca. Seterusnya barulah dicuci segala bekas plastik yang ada. Ini bagi mengelakkan sebaran kotoran daripada bekas plastik ini. Pinggan kaca walaupun berminyak tidak akan memberi kesan kepada pinggan seterusnya. Cuba praktis!

Sediakan Rak Pengering Rak pengering mungkin nampak mudah dan menyemakkan tapi hakikatnya ia amatlah penting. Beli sahaja rak pengering yang boleh dilaraskan di singki mengikut kelebaran sinki anda. Apabila kering barulah dipindahkan di atas rak pinggan. Rumah juga tambah bersih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*